Friday 19 May 2017

Part 2

Sambil2 siapkan fyp ni, aku nak buat satu entry la. hihi. mesti korang boringkan asyik tentang kawan je aku post.. Tak suka, angkat kaki ye.. Aku bukannya apa. Aku update post ni supaya nnt tahun depan or bila2 aku boleh kembalikan saat2 aku up entry ni.. Ada je yg bertemankan air mata bila post entry.. Alah tak yah cite ah yg tu..

Aku takde kawan.. Tu yg aku selalu luah kat sini.. Sorry eh.. kat sini je aku mampu luah direct dari hati aku.. no fake2 maa.. Aku kan bukan nya baik sgt.. Tapi kan aku kalau boleh tak nak buat jahat.. Maksud aku aniaya org, buat bnda yg org x suka la.. 
Senakal nakal aku, aku tak akan buat org, kalau terbuat, tu aku tak sengaja.. Mungkin aku niat utk bergurau, tp org anggap lain.. Kpd yg aku pernah susahkan, aku mintak maaf.. And aku jenis yg cepat kesian, cpt sedih, tp tu dlm hati.. Luaran aku akan kuat semampu yg boleh.. Aku pantang tgk org tua menangis, budak2 mintak sedekah, tu ha dkt stesen kl sentral berlambak.. kesian weh..

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah buat jht kat org.. bukan nak berlagak, tp tu la aku.. Paling nakal pun, usha2 junior2 yg hensem (masa sekolah dulu la hahaha), aku ni takde langsung rasa malu.. bila suka, aku yg gigih usha.. kahkah.. nakal dgn jahat , there is huge difference ok.. rindu nya zaman sekolah.. bnyak betul kenangan.. rasa nak back to school je.. Takde mslh langsung.. mslh paling teruk pun putus cinta. choi kau athirah ! hahaha.. cinta beruk matye betol! 

zaman sekolah, aku penuh dgn drama.. sbb tu la aku suka masuk teater , bm ke bi ke jd emcee ke, asal ada skrip, tu makanan aku.. bila dh takde org volunteer jd mc, aku la yg jd payung terjun hahaha. best doe! drama pura2 luka sbb nk attract crush aku, masa tu kitaorg ada jungle trekking, kem pngawas, dia ajk kselamtan,.. that time dia pegang first aid kit tu, so ape lagi.. bermula la drama aku.. sanggup woo jatuh longkang tgh2 hutan smata2 nak sruh dia sapu luka!! gila terok drama aku! hahaha 
ni ha bukti nya.. tp cikgu pulak yg sapukan.. tgk tu mana ada luka hahahah drama indon 

perjalanan jd terhenti sketika sbb aku sorang ! hahah sorry eh.. 

saje je iklan.. tp tu mmg kisah benar.. sbnarnya mlm ni aku rindu.. rindu dloh.. aku tak tahu buruk tang mana prangai aku smpai kan dia jauh diri dr aku.. ada satu masa, tika aku solat, rakaat terakhir, tiba2 dia terlintas dlm fikiran aku.. trus sujud last tu aku nangis.. bila kau luah dalam sujud, ibarat masa tu hanya kau dgn Allah je ada.. dia punya lega tu amazing sgt.. aku rindu tp aku xleh nk buat apa.. tu yg sakit sbnarnya.. bila imbas kenangan aku dgn dia, mana2 je la, air mata tu mmg akan trun punya.. siapa je yg x rindu kan org yg slama ni dgn kau, tp dgn skelip mata, dia brubah, hubungna jd jauh.. 


now, aku blajar dan masih blajar utk terima ujian Allah, utk redha.. walaupun perit nya utk aku hadapi.. yg beri aku kekuatan skrg adalah doa.. puasa nk dkt.. lagi la sedih, sbb tahun lps, bulan puasa la paling best.. hm.. terawih sesama, benda paling best aku prnh buat bsama kawan.. knp la aku rindu kau eh.. tlg la buat jht katku spy aku dpt benci kau.. tp sbnarnya bnyak dh bnda yg kau buat yg aku tak mampu buat.. tp knp la aku asyik memaafkan.. malas la nk simpan dendam, benci ni.. kalau ada yg benci aku, dendam aku, bash aku, buat la sesuka hati.. hina la aku, umpat la sbnyak mana yg nak.. yg penting niat aku, hati aku, Allah je tahu.. Doa aku, apa aku buat, Allah je tahu.. sebaik mana aku sejahat mana aku, Allah je tahu..

Berapa banyak aku sayang kawan aku, berapa banyak aku mnangis sbb kawan, Allah je tahu.. Siapa salah siapa betul, aku yakin Allah maha adil.. Aku serah semua dkt tuhan.. mana yg terbaik utk aku, aku redha.. tp sungguh aku rindu mg dloh.. sero nok katok palo mg sbb sekso aku gini.. 



goodnight ya 


Tuesday 16 May 2017

Part 1 :

Morning bloggers.. Tinggal 10 hari je lagi nak puasa.. Sekejap pulak rasa nya.. Terasa bru je sdg berpuasa tahun lps..  Terbayang pulak saat2 p bazaar dewan 2020, kangar, solat terawih di masjid arau, bukak puasa sama2.. tp tu sbg kenangan dah skrg.. sbb semua tu dh takkan berlaku lagi.. *tarik nafas dalam2

Entry ni aku cuma nak luah je.. Siapa yang x minat, aku sarankan close je tab window ok.. 

Dulu aku ada sahabat baik.. Sahabat yg sentiasa ada dlm setiap doa aku. Sahabat yg aku tak pernah 'hold' utk tlg bila mereka memerlukan prtolongan dr aku. Bila mereka minta tolong, aku tanpa sesaat pun akan tlg semampu aku. walaupun di luar kemampuan aku. ye la demi sahabat, aku rela je. org pernah kata aku ni tak pandai memujuk, tak pernah tunjuk care. Aku mengaku aku mmg x reti dlm memujuk terutamanya bila kawan sdg merajuk. Tapi aku akan sedaya buat kawan aku happy, tu kot konteks memujuk aku. 

Tapi disebabkan kelemahan aku yg satu itu, aku di salah tafsirkan, aku dikatakan tak amik kisah trhadap kawan, terus aku disisihkan. Aku difitnah menyebarkan aib nya, sedangkan tidak sama sekali. Aku tak tahu sama ada itu cuma alasan utk putuskan silaturrahim atau ada sebab lain. Wallahualam. Aku langsung tak pernah tinggalkan dia, langsung tak pernah tak lebihkan dia. Tapi kenapa aku dilayan sebegini? 

Memang adab berkawan bertiga kot. Dalam bertiga, pasti ada seorang yg disisihkan. Yup itu aku. Mereka datang memberi kenangan, tapi tinggalkan memberi sejuta luka. Siapa je tak rindu sahabat baik kan. Yang dulunya bahagia, sekarang ditinggalkan keseorangan. Sekelip mata. Putus sahabat lebih teruk dari putus boyfriend. Aku hampir meragut nyawa aku sendiri, disbbkan kejadian ni. Nak move on ambil masa tau. Bukan mudah nak lupa. Org pernah kata, 'alah, kawan je pun. tp mcm lakibini dia punya sedih'.. banyak lagi la kritikan aku dapat.

Aku mmg sayang sahabat aku. Walaupun aku dibuang mcm sampah, dilayan mcm sampah, aku tetap maafkan. Ntah la. Sayang aku tu melebihi segalanya. Aku hadap je segala kritikan yg aku dpt. Aku tak tahu la salah aku apa di mata sahabat aku tu. Mana pernah aku tinggalkan, mana pernah aku tinggikan suara, mana pernah aku marah. Tapi selepas dia buat aku mcm2, semua terlepas. 

Alamak, batery laptop low. Nnt aku sambung Part 2 ok. Till then. 

Friday 12 May 2017

Rindu , tp siapa aku nak rindu kau kan


You have no idea how much i care for you
You never appreciate what ive done to you
You never know how much the pain ive been through because of you
All you know is hurt me as you can and leave me like you had do nothing
Just want to ask you, am i your friend? Hm