Thursday 30 May 2013

Menang kedua kali ! :P



Saya yg no 177 :P

Menang for the 1st time :))

Yeay ! Aku menang utk yg kali pertama ! Fuyooooo!  :P



Aku yg no 67 tuh ! :)

Tuesday 14 May 2013

Arissa Auni

Malam ni terbukak hati aku nak buat coretan tentang adeq kesayangan aku nih.. Shes very childish.. Yes of course sbb dia baru 4 tahun.. Sejak aku balik Sarawak ni, dia jarang pergi sekolah.. Sbb nak stay ngan aku kat rumah.. Aku x dapat nak luahkan betapa aku rindukan dia.. Sbb .. Ops.. Lupa plak nak bagitaw nama.. Arissa Auni nama umi abah bagi.. Semua adik beradik aku nama 'AA'.. Aku je yg terbabas.. Nama aku 'NA'. Takpe lah.. Special ckit.. Ye dok? HEHE.. 








Masa aku kat Kelantan, aku sentiasa ingatkan kat si budak kecik nih.. Sbb dia my only sister.. Yang perempuan jadi mak guard.. Sbb aku anak sulung dan Auni anak bongsu.. Tengah2 ada 3 org lelaki yg manja.. HIHI.. 


Auni ni cerdik taw.. Setiap kali aku bukak mata di awal tengahari (HEHE.. buat2 paham lah ye) , confirm ada game baru yg dia download.. Haishh... Selalu mcm tu.. Semua benda dia taw. Maklumlah dlm rumah ni semua pakai handphone touch.. Tu yg kecik2 dh pandai..

Yang buat aku tersentuh hati, dia ada cakap , 'kaklong jangan lah tinggal auni solang2, auni takut'.. Ye sayang.. Kaklong x kan tinggalkan Auni.. :') 

Dia paling rajin.. Rajin dr aku.. HAHA..


Awal bulan 6 ni aku kena balik Kelantan dah sbb nak teruskan pengajian aku kat sana.. Mmg susah dan sukar sbb family aku kat Sarawak.. Family aku terpaksa ikut abah aku.. Hampir satu Malaysia ni aku pindah2.. Aku orang NOMAD ! hehe.. Sekolah pun dr darjah 1 sampai ting 5, aku dah 7 kali jd budak baru.. Kalau lah universiti ni boleh pindah2 mcm sekolah, dah lama dah aku pindah universiti kat Srawak.. huhu.. Ye lah.. 

Melalut plak.. Hish2.. Prempuan ni kan mmg banyak cerita.. Lumrah kehidupan.. Pulak dah ! Enough Athirah.. Okayyyy.. Setiap pagi , Auni selalu cium pipi aku.. Dia paling rapat ngan aku sbb adik2 lelaki aku selalu usik dia.. Sorang lagi kat asrama.. Yang tu pun boleh dikatakn rapat jugak lah.. 

Okay lah.. Sampai ni je la.. Sakit tangan den ni ha.. Overall, aku nekad nak jadi kakak sulung yang terbaik.. yang dapat lindungi seluruh family aku.. In sha Allah.. Amin..

  • “Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga”.

Thursday 9 May 2013

PABILA RESULT UITM KELUAR



Result UITM telah pun keluar semalam.Topik ni adalah yang paling hangit dibincangkan dan diperdebatkan semalam,terutamanya di facebook.Tak sampai seminit,ada je yang update status.Tapi,x kurang jugak soalan yang amatlah popular semalam adalah:

1.Amacam result,ok?
2.Eh,ko dekan kan?
3.Ko bg taulah dulu,baru aq bg tau..*ni org yg suka main tarik tali.Last-lastnya,sape yg kalah dulu ya??

Actually,result ni dah boleh cek kat email masing2 bila jarum pendek jam tu menujukkan tepat ke angka 4 pagi,tak payah nak tunggu pukul 9 pagi pun.Tapi,apakan daya.Tak de kejela aku nak bangun pukul 4 tu semata-mata nak tahu result tu.Takut sat g,dah tahu tak boleh tido pulak.

Kalau nak cakap pasal perasaan tu,gerentila sume yang tengah tunggu result mereka pasti akan rasa cuak+takut+sedih+sakit perut+rasa nak demam+pening2 lalat dan banyak lagila songehnya.Betul x??

Contoh macam aku,pukul 7.30 pagi dah terpacak dah line wifi aku.Ape lagi,wifi aku pun pecut laju dianya line.Memang happyla kalau nak main internet pun.Tiba-tiba adala pulak kawan habak mai kat cek,katanya dah boleh tahu dah result aku tu.

Selepas 5 minit tercengang sorang2 depan laptop,aku pun pikir.
“Laaaaa,yang aku nak bukak cepat sangat ni,buat pe??Karang kalo result macam tetttttttttt,habis spoil mood satu hari.” Padahal time tu memang dah bukak dah email.Cuma tak tekan klik je.

Selepas sejam asyik memikirkan patut bukak ke tak dan meluahkan perasaan itu di twitter dan jugak atas dorongan kawan2 seperjuanganku,diberanikan jugakla bukak.

Eh,kejap!Nak cerita sikit peel aku b4 bukak tu.

Dalam otak ni,dah terbayang2 dah,mcm mana kalo kena repeat paper??Macam mana kalo pointer memang kaw2 teruk??Macam mana??????

Selepas banyak sangat kepulan2 awan tu berlegar2 di kepala,aku nekad nak hapuskan awan2 tu.Apa pun yang terjadi,we have to face it,not facebook it.
Dengan nada bismillah,email tu pun di klik….
Dan,aku???


MACAM TAK PERCAYA  yang aku LULUS semua subjek.Syukur Alhamdulillah.Walopun x dela perkataan dekan tu dalam kamus hidup di SEM 1 ngan 2 nih,tapi,aku tetap bersyukur yang aku tak payah repeat paper yang menyeksakan otak dan badan tu.^.^

Tiba2 teringatla pulak time exam tu, setelah kehidupan tak berapa nak betul selama 2 minggu tu,dan hampir menjadi zombie mahupun mata seperti panda,aku dan teman2 berjuang,akhirnya membuahkan hasil lebih drpd yg kami harapkan.Kepada rumet kiut miut aku malin, hanis, aku tak boleh nak lupa time kita sume tak cukup tido,tido atas lantai macam askar kena tembak,Kopi Wanis dan kopi sahabat sejati kita,mandi macam x mandi dan cicah biskut Munchys (betul ke ejaan tuh? ^^,) .Miss that time..





So,setelah tahu result sendiri,kawan2 yang lain pun mulalah update status di facebook tu.Banyak jugak kawan2 aku yang  jadi dekan.Tahniah diucapkan.Tak kurang juga kepada yang hamper menjadi dekan which is 3.49.Sayang tu memangla sayang.Maunya x fruss menonggeng.Nasihat aku kepada mereka2 ni,kita janganla anggap result tu teruk,cuba think dr sudut positive.Mungkin nila hikmahnya supaya kalian akan jadi lebih gigih pada sem yang akan datang.

Mereka yang berjaya mendapat dekan, kerana mereka telah berusaha dengan gigih dan mereka memang layak mendapat keputusan seperti itu.

Jadi,kepada yang kurang berjaya,janganla berputus asa.Anggaplah ianya sebagai hikmah dan pengajaran kepada diri kita ni supaya next sem  kita akan belajar lebih bersungguh2 demi menuntut ilmu Allah ini.

Wasalam..




Oh result !





b4 awk baca , cek nak pesan entry ni sepatutnya semalam.. sbb terlalu debar sgt, x sempat nk tekan button publish.. bukannya pe, terlelap depan lappyy .. hihi ^.^
Nampak tak muke yg nervous tu tapi macam tak nervous sangat sebab Trah macam tu la. Luaran rilex nampak macam tak nervous and selalu kate kat member, 'Rilex la weyh, result lambat lagi, kite chillex dulu' [padehal result lagi beberape jam je lagi]. Dalm hati Trah dup dap dup dap rase nak pecah. Pinggang sakit habis sebab rase nervous. Just tak nak tunjuk je yg Trah nervous sebab nanti depa lagi nervous xD So result dah dekat, kalau tgk ikut system pukul 9 pagi nanti and kalau kat email around 4 ke 5 pagi :D Doakan yg terbaik untuk Trah ye korang :( Takut sangat sebab ade killer subjek which is CSC!!! Takmau repeat T.T Wassalam

Tak kait : Trah harap korang sesame tadah tangan doakan Trah :p hehe