Monday 30 April 2012

MAKTRIK OR UPU?

olla there ! pening pening.. hemmppphh.. aku sendiri tak tahu ape matlamat aku neh. aku dapat tawaran ke matrik.. tapi aku tak tahu nk pegi atau tak.. sebab dapat matrik kat labuan.. jauh tuu. huhu.. adoi laa.. dah lah aku tak yakin aku dapat kejar tak apa yang di belajar kat sana nanti.. mesti kena belajar laju2.. walhal otak aku ni macam siput je.. lambat tangkap.. uwaaaaa!!! lepas dapat tawaran matrik aitu, tinggi harapan nak masuk maktab.. jeng ! jeng ! jeng ! 'Maaf, anda tidak tersenarai ...' . . laa.. aku tak dapat maktab rupanya.. huhu.. musnah harapan aku nak jadi cikgu.. huhu.. terpaksa lah aku tunggu tawaran ke upu pulak.. harap2 lah dapat.. kalau tak dapat, hemphh.. alamtnya terpaksa lah pergi matrik.. sebenarnya aku nak sangat2 masuk matrikulasi.. tapi aku takut menyesal sebab takut tak boleh pergi dengan subjek nanti. maklumlah aliran sains.. susah baa.. adoi laaaaaaaaaaa... pening ! pening ! pening ! nasib baik ader suria cinta.. dapat jugak chillax aku punya main brain nih.. k lah.. salam :*


Sunday 29 April 2012

My Prince Charming

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya <3









Saturday 28 April 2012

Entah Ape2 Je Lah

Good morning , peeps ! Dah lama aku x update belog nih.. Bukan busy. Tapi x bayar wifi. Haha.. Korang pe kaba ekp? Meh lah kongsi2 cerita kat sini.. Hihi.. Ni dah akhir bulan 4.. Lusa dah masuk bulan 5.. Sekejap je.. rasanya baru hari tu menduduki SPM. Hehe.. Alhamdulillahh.. Result ku berbaloi lah jugak. Walaupun otak aku ni selalu 'jam'. Tapi aku masih bingung haluan tuju aku.. Nanti tengok je lah post seterusnya kat mana kite pergi.. First time aku post awal pagi macam nih. Biasa nye tengah malam je. Tak tahu kenape aku boleh bangun awal hari ni.. Keajaiban tuh.. haha.. Biase lah selalunya bangun akhir.. Haha. Okay lah.. Aku terpaksa pergi sekarang..Nanti lama pulak dia tunggu.. Okay.. Take care semua.. Salam :)




Thursday 19 April 2012

TAFSIR & KELEBIHAN SURAH AL- FATIHAH



أعوذ باالله من الشيطان الرجيم

Aku berlindung dengan Nama Allah dari Syaitan yang direjam

{1} بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah yang Maha Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2}

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan seluruh alam

الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ {3}

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

مَالِكِ يَومِ الدِّينِ {4}

Yang Menguasai Hari Akhirat (Hari Pembalasan)

اِيَّاكَ نَعبُدُ وَاِيَّاكَ نَستَعِينُ {5}

Hanya kepada Engkaulah kami sembah (tidak kepada selain-Mu) dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (tidak kepada selain-Mu)

{6} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus (benar)

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّين {7}

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat dan bukanlah jalan orang yang Engkau murkai (Yahudi) atau jalan mereka yang sesat (Nasrani)

KELEBIHAN DAN HIKMAH SURAH AL- FATIHAH

1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:
  • Dimudahkan naik pangkat
  • Diluaskan rezeki
  • Dimudahkan membayar hutang
  • Disembuhkan dari penyakit
  • Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
  • Disayangi oleh semua makhluk
  • Percakapan didengar orang
  • Selamat dari bala bencana

3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:
  • Berkat dalam kehidupan
  • Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.




Rahsia Surah Ayatul Kursi

“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” 

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran didepan matanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.





Tuesday 17 April 2012

PETUA TENANGKAN HATI OLEH DR FADZILLAH KAMSAH



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana 
hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini
adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut
katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling
minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang
mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,
orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon
keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati
juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, 
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada
waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok 
aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa
yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan 
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar
dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak
melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati 
kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang
subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat.









my little girl











Sunday 15 April 2012

Hei, Awak. Betul Awak Sayang Saya?



Kalau boleh, tanyalah soalan-soalan sebegini kepada rakan-rakan anda yang juga sedang mabuk di dalam dunia fantasi cinta asmara ciptaan sendiri yang penuh dengan tipu daya duniawi yang hanyalah sementara sedangkan cinta kepada Allah adalah cinta hakiki yang kekal abadi. Fuh, panjangnya ayat. Cukup nafas? Kalau tak cukup, baca dengan dua nafas. Soalan-soalannya adalah:

Betul anda sayang dia?
Sayang ke kalau bawa dia ke hulu ke hilir tu?
Sayang ke kalau selalu sangat keluar dating kat taman-taman?
Sayang ke kalau setiap hujung minggu ajak dia pergi tengok wayang?
Sayang ke kalau hari-hari keluar makan sama-sama?
Sayang ke kalau anda pegang tangan dia semasa keluar jalan-jalan?
Sayang ke kalau hari-hari call dia sampai berjam-jam bergayut?
Sayang ke kalau inbox mesej penuh dengan mesej jiwang-jiwang?
Sayang ke kalau di dalam dewan kuliah sering duduk sebelah-sebelah?
Sayang ke kalau kat Facebook ada In A Relationship With dia?
Sayang ke kalau gambar anda berdua diupload ke dalam Facebook?
Sayang ke kalau gambar tersebut dipuji oleh rakan-rakan? Bangga?
Sayang ke kalau satu universiti tahu bahawa anda dan dia bercouple?
Sayang ke kalau semua orang tahu yang anda menyayangi dia?
Sayang ke kalau anda kata I Love You pada dia?


Macam itukah sayang yang anda maksudkan?
Sekejap. Sekejap. Jangan jawab lagi. Soalan belum habis.


Sayang ke kalau ia hanya mengundang fitnah terhadap Islam?
Sayang ke kalau melalaikan dia dalam dunia fantasi cinta duniawi?
Sayang ke kalau mengganggu waktu ibadatnya?
Sayang ke kalau masa dia untuk anda melebihi masa dia untuk Allah?
Sayang ke kalau menjadikan dia lupa kepada Allah?
Sayang ke kalau hidup tanpa redha Allah?
Sayang ke kalau setiap langkah diiringi zina hati?
Sayang ke kalau hari-hari dilalui dengan maksiat infiniti?
Sayang ke kalau syariat Allah diketepi?
Sayang ke kalau hukum Islam dibelakangi?
Sayang ke kalau hanya akan menambahkan dosa?
Sayang ke kalau menyebabkan dia masuk neraka?
Sayang ke kalau dia tarik anda juga masuk neraka?
Sayang ke kalau anda berdua menerima azab pedih di sana?

Ha..!! Kena kat batang hidung sendiri? Dah jawab habis soalan-soalan tu? Jadi, fikirlah sendiri yang mana baik dan yang mana buruk. Adakah kita mahu terjerumus di dalam cinta sebegini yang akan mengembirakan puak-puak syaitan durjana kerana kejayaan mereka membisikkan cinta berahi kepada sang pencinta dunia? Jawapannya, terpulanglah kepada diri masing-masing.


Sedarlah wahai pemuda pemudi Islam harapan ummah. Dunia ini hanya sementara. Cinta dunia yang di saluti dengan maksiat dan dipateri dengan dosa hanya akan mengundang murka Allah. Mahukah setiap langkah kaki kita di bumi Allah ini, kita iringi dengan perbuatan maksiat? Tidak malukah kita dengan Yang Maha Agung? Masih belum terlambat. Laksanakanlah taubat nasuha sebelum ajal menjemput.

Andaikata sudah berjumpa dengan insan yang berkenan di hati dan merasakan memang dia yang terbaik untuk menjadi peneman hidup dunia akhirat, dan juga ibu atau bapa kepada anak-anak anda, percepatkanlah pernikahan jika sudah cukup kemampuan. Islam itu mudah, jadi janganlah menjadikan ia susah beralasankan adat dan budaya ciptaan manusia sedangkan hukum Allah itu adalah yang utama.


Sabda Rasullah SAW;
“..Wahai para belia jika sudah tiba kemampuan persediaan kamu maka berkahwinlah..”

Firman Allah SWT;
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)

ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE.

Wallahu’alam.