Thursday 17 May 2012

Tips Penjagaan Rambut bagi Mereka yang Bertudung


Anda seorang yang bertudung? Jika Ya, Penting ke penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? Kelemumur? Berminyak? Semua boleh sorok bila bertudung. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang jauh-jauh.

Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain. Walaupun anda bertudung, pastikan rambut anda sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

  •  Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

  •  Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.

  •  Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.

  •  Jika anda memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.

  •  Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.

  •  Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Tidak dinafikan, wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.

Rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita. Jadi ia bermakna jika kita menghargai anugerah tersebut, itu bermakna kita mensyukuri nikmatNya. Mudah-mudahan anda dapat mempraktikkannya nanti.



Ketiak Aku Dan Bontot Kuali!




Assalamualaikum..


Hai ! Ketiakk korang hitamm tak?? Kehkehkeh.. Apa punya soalan laaaa.. Ngeee ~



Tak pe tak pe.. Jangan malu-malu.. Biasa la, orang Melayu memang ketiaknya hitam sikit kannn.. Keturunan kott.. Tapi tak ada la sampai hitammm gila macam bontott kuali kannnn.. Kehkehkeh



Jadi... Saya nak share dengan korang tips untuk atasi kulit ketiak yang hitam.. Menarikk ni.. :))



1) Pisau Cukur



Hahhh! Ni penting sekali.. Tips ni pernah dengar dari kawan. Masa korang nak cukur tu, pastikan korang guna pisau cukur yang tajammm dan cukur dengan sempurna tau.. Jangan ada panjang, ada pendek. Tak payah nak buat-buat bentukk segala bagai laaa... Hahahaha



Sambil tuuu, korang boleh jadi perempuan pisau cukur! 2 dalam 1.. Hebatttt gilaaaaa kauuuu !



2) Memilih deodaran



Kalau saya, dulu saya guna rexona.. Tapi, rexona ni buat baju jadi kuning kannn.. Tempat ketiak pulak tu kuning.. Hodohhhh gila kau ! Rosakk baju.. Tapi sekarana guna Nivea. Memang bagus la.. Boleh putihkan ketiak lagi..ang H



Tapi, ada cara lain yang korang boleh guna.. Iaitu 'tawas'.. Lepas korang mandi,korang gosokkan tawas kat ketiak korang. Dia macam batu la kott. Mula-mula tu, korang gosak la slow-slow.. Kang ketiak korang kayak rabak baru tau..



Alaahhhh.. Bila dah lama korang guna, tawas tu akan jadi licinnn.. Try la ! Ehemmmm... :)



Dugaan Remaja


Bismillahirrahmanirrahim. Hidup sebagai remaja yang beragama Islam zaman sekarang ni banyak cabaran dan dugaannya. Hanya remaja yang tabah dan sabar menghadapinya bakal diangkat ke darjat yang lebih tinggi.
Isu aurah dan juga couple.
Isu hangat sepanjang masa.
Apabila masalah ini berlaku, ibu bapa yang menjadi mangsa.
Dikatakan tidak mendidik anak secukupnya.
Tapi sebenarnya,
Persekitaran lah puncanya.
Remaja yang masih dapat menutup aurah sepenuhnya,
Remaja yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Remaja yang masih menghormati ibu bapanya,
Remaja yang masih dapat mengawal nafsunya,
Remaja yang masih melakukan suruhan-Nya,
Remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya,
Ya Allah, rahmatilah mereka,
Sesungguhnya mereka patut berbangga dengan diri mereka,
Kerana...
Untuk melakukan sedemikian
bukan lagi benda yang senang,
Dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka,
Sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan melawan musuh-Mu iaitu syaitan yang direjam,

Andai saja diberikan hajat dan diperkenankannya,
Ya Allah, aku mohon,
kuatkanlah hati para remaja yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu,
tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya kamu tidak terpesong dari aqidah-Mu,
sesungguhnya kami teringin sekali untuk masuk ke Jannah-Mu,
sesungguhnya kami sama sekali tidak ingin untuk ke Jahannam-Mu,
tapi apakan daya,
kebaikan yang dilakukan oleh kami
masih tidak kami ketahui
lebih banyakkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
lebih sikitkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
bimbingkanlah kami sepanjang masa,
setiap waktu,
hanya kepada-Mu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.

Andai tersalah kata mahupun bahasa, aasif wahai teman. Sesungguhnya semua manusia melakukan kesilapan. Segala yang baik datang dari-Nya dan buruk itu datang dari insan tidak sempurna ini. Assalamualaikum.






Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung


"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!



Tuesday 15 May 2012

Uitm Machang ??? Okeybai..



Lama dah aku x update belog nih.. Akhirnya setelah lama aku bertapa, aku memilih untuk pergi Uitm.. Mungkin jodoh aku bukan blaja kat matrik kut.. Lagipun, aku takut tak lama kat matrik, dah meroyan nak balik.. Hee... :P Tapi yang paling aku sedih, aku dapat Uitm Kampus Machang, Kelantan... Aku dah asal Kelantan.. Then, belajar lagi kat Kelantan.. huhu. Kelate lagi???? Uwaaa!!! Tapi xpe ah.. Kalau aku fikir2 lagi, kalau aku dapat kat kampung aku sendiri, dapat aku pulang banyak kali, jaga nenek ngan datuk aku.. Ye la.. Diorang semakin berusia.. Aku nak jaga diorang baik2.. rinduuuu sangat.. aik? melencong plak dari tajuk post nih.. hehe.. tu je la aku nak cerita.. YEAH! Machang! Niat nk belajar betol2... Aku x nak sia2kan wang dan tenaga dan masa parents aku dalam menguruskan aku ke Uitm.. Thanks umi dan abah.. mmuaaahhhhh!!!! :D Ni lah gambar Uitm Machang..






Monday 7 May 2012

Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?


Biasanya kalau majlis bacaan Yasin ni, tok imam yang mengetuai bacaan akan mengingatkan, kita perbetulkan niat bacaan kita. Kita baca Yasin ni bukan sebagai adat dan tradisi tapi memohon keredaan Allah. Huhu! :)

Kalau ikut betul lah kan, surah Yasin sepatutnya dibaca setiap malam, mengikut beberapa riwayat. Dan pada malam Jumaat pula, lebih disyorkan untuk membaca surah Al-Kahfi. Tapi aku pun tak buat. ==' Kalau aku salah, betulkan apa yang aku tulis. Kang nanti kena cop bagi ajaran sesat. Woha!

Okeh, itu lah kelemahan aku. Kalau nak tulis post, mesti pendahuluan panjang berjela-jela tapi tak kena mengena dengan tajuk langsung. Huhu! Ok, meh aku kupas kenapa kita perlu bawa air time majlis baca yasin. Kenapa mak kau suruh bawa air kalau nak baca yasin. Huhu!

Body Composition. Hehe!


Seperkara yang penting, komposisi badan kita terdiri daripada 70% kandungan air. Aku telah menggunakan perkataan Melayu. Komposisi. Teehee! :) So, berikutan dengan itu, apa yang kita minum akan menjadi darah daging kita, sama macam apa yang kita makan akan jadi darah daging kita. Pastikah apa yang kita ambil tu halalan toyyiban. Halal lagi baik.

Dan seperkara lagi, mungkin korang dah lebih expert, bahawa molekul air boleh berubah-ubah mengikut environment sekeliling. Ni part yang aku rasa best time ceramah hari tu.

Subhanallah! :)


Sorang Profesor dari Jepun, kalau tak silap nama dia Prof. Emoto. Kalau bukan Prof, Dr. Emoto. Haaa! Lantak laa gelaran dia, yang penting dia sorang Non-muslim, mengkaji pasal air. Beliau ada buat seminar time di UKM or UPM, aku kurang ingat, banyak sangat semut yang termakan. Woha!

Ni ke pula Dr. Masaru Emoto. Haha!


Dalam seminar tu, before tu, dia dah berjaya buktikan bahawa molekul air boleh berubah-ubah. So, time seminar tu, beliau telah membahagikan para peserta kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan kumpulan B. Setiap orang dalam kumpulan tu kena bagi sebotol air mineral. Kumpulan A diberi tugasan untuk cakap benda-benda baik kat air tu manakala Kumpulan B diberi tugasan untuk cakap kat air tu, benda-benda yang kurang enak didengar halwa telinga (ceh ayat! Haha!)

Lepas beberapa lama, kumpulan A punya air kena imbas di bawah elektron mikroskop. Apa yang mengejutkan (woha!!!) adalah molekul air tu berubah menjadi sangat-sangat cantik. Aku pun tak dapat bayang, sebab tak nampak dengan mata sendiri. So, depa kena tanya, apa yang depa dok sebut kat air tu. So, diorang cakap benda-benda baik seperti Baik, bagus, pandai, syukur. 

Kemudian, air dari Kumpulan B pula punya giliran untuk diimbas. Apabila dilihat di bawah mikroskop tu, sangat mengejutkan juga, sebab molekul air tu berubah menjadi sangat-sangat hodoh. Oh, I couldn't imagine that. Tapi just bayangkan lah macam air longkang hitam yang bertakung tu kat belakang rumah korang. Woha! So, kena tanya lah, apa yang depa dok sebut kat air tu. Diorang sebut perkara-perkara yang sangat teruk. Seperti kata-kata makian seharian. Babi, Sial, Bodoh, Bangang, Bongok, Brengsek, Gila, Butu pak hang, kima, kitai dan sebagainya. Wah! Kalau perkataan buruk dan teruk banyak pula aku tau kan. Hehe! ;)

So, berbalik pada tajuk, tu haa pasal kita perlu bawa air time pergi baca Yasin, or lebih umum semua majlis keagamaan. Sebab apa yang kena cakap time majlis-majlis camni, InsyaALLAH akan memberi manfaat pada kita semua. Letak, air kat depan kita, kalau nak baca Yasin, baca Quran, memberi ceramah. Sebab ikut kajian tu, dah terbukti dah pung. Apa lagi yang nak disangkal. Huhu! Subhanallah, maha suci engkau ya Allah. So, kalau kita minum, air dalam badan kita akan jadi baik-baik punya.

Oh ya! Satu lagi, badan kita ni 70% kandungan air. Kalau lah kita ni dok cakap benda-benda yang kotor, flirting setiap masa, sudah tentu molekul die pun berubah. Kan? Haaaaa! Aku dah bagitau! Jangan buat, ko buat juga! Ngeh3! Aku terasa. Sekian. Kalau kita kawan dengan dorang yang banyak maki, mungkin kita akan terjoin sama, sebab molekul dah berubah jadi sangat hodoh, lalu mempengaruhi perlakuan kita.

Air Zam Zam
Sumber: Sarazaqea (hangpa leh cek kat sini ada tambahan info)


Satu lagi. Apa molekul air yang sangat cantik? Jawapan dia memang semua orang dah tau kan. Sudah semestinya AIR ZAMZAM. Sebab utama molekul air zamzam sangat cantik, dan sesuai dijadikan air untuk perubatan, adalah kerana ianya Mukjizat yang diberikan kepada Nabi Ismail. Nak cerita pasal tu, cari kat internet sudah. Huhu! Dan salah satu sebab juga, sebab ianya terletak di Mekah, kat Mekah 24 hours orang cakap benda-benda yang baik. Sentiasa berkumandang suara-suara mereka yang sentiasa memuji Allah, suara bacaan Al-Quran. Dah paling sure punya akan jadi cantik molekul air tersebut. Aku pernah minum beberapa kali air zamzam. Tapi belum pernah berkesempatan untuk ke Tanah Suci. InsyaALLAH before age of 30. Amin. With parents. And wife! Woha! :)

Penat menulis. Sambung balik. Huhu!

Ok, meh kita tengok dalam kehidupan seharian kita pula terutamanya di sekolah. Di sekolah, kali ini kita bincangkan pasak orang Cina pula. Perasan tak, Chinese students akan sentiasa bawa botol air kalau pergi ke kelas. Perasan tak? Aku tak perasan sebab aku sekolah di sekolah semua bumiputera, takde Chinese, kalau bermata sepet tu ada lah. Woha! :P

Chinese Student. Hehe!


Kalau perasan, diorang akan sentiasa bawa air ke kelas, dan satu lagi yang akan anda perasan, bahawa botol air tu tidak pernah diorang letak di bawah. Mesti diorang letak di bahagian atas. Di atas meja. Tidak sesekali diorang akan letak di bawah meja, atau di bawah kerusi atau di mana-mana bahagian, selain bahagian atas.

Kenapa camtu?

Then, aku tak rasa diorang sedar atau tidak apa yang diorang buat tu. Sebab dah jadi kebiasaan kot.

Mak diorang cakap before pergi sekolah, "Nak, letak air kat atas meja keh! Jangan letak kat bawah."

Dah jadi kebiasaan sedari kecil. Lemme explain why. Macam yang di atas tu, kalau apa benda yang kita cakap tu akan mempengaruhi struktur molekul air tu kan. Kalau cakap benda baik, maka cantik lah water molecule tersebut, dan begitulah sebaliknya. So, kalau dalam kelas, siapa yang paling banyak bercakap? Student ataupun cikgu mahupun lecturer?

Sudah pasti dan sudah semestinya Cikgu atau Lecturer kan?!! Haaaaa! Kalau cikgu/lecturer, diorang bagi ucapan yang baik-baik atau jahat teruk kejam? Mesti yang baik maaaa... Dan, dari sana, kalau dah cakap baik, water molecules tu akan jadi cantik kan, kalau minum mesti bermanfaat kan?! Yer dak?! Please lah cakap Yaaaaa! :P

Itu antara kesilapan terbesar kita. Kalau orang kita pula, bawa air ke kelas, kalau ada yang bawa pun tak ramai. Sebab ramai yang tak tahu pasal rahsia ini. Bawa botol air, tapi letak kat bawah. Kita tak tau sebenarnya.

Duduk kat bahagian depan time kelas sangat baik. Yeah! Semua orang tak akan menyangkal bahawa duduk bahagian depan lebih banyak berkat. Lecturer/cikgu pun selalu ulang cakap camtu, soh duduk depan. TBut we refused. Takut. Tak best, jadi perhatian. Aku pula tak suka duduk depan sebab tak dapat tidur. Woha! :P

Dan Chinese students, they always sit at the front. And put the water bottle on top of the table. Listen and focus to their lessons. Woha! Dan diorang pun minum lah air tu. Nampak keberkatan sana? Hehe! Eventough, they are not Muslim, but they knew it. Weeeeeeeeehooo!

So, apa yang ingin disimpulkan di sini. Kita tak perlu bawa air time ada majlis bacaan Yasin je seperti kebiasaan kita buat. Huhu! Tapi kalau boleh bawa ke mana-mana. Dan ingat, kalau nak cakap benda-benda yang tak baik tu, dalam badan kita ni ada 70% air. Bayangkan dalam badan kau tu airnya lumpur. Kau nak?! So, kena cakap benda-benda baik. InsyaALLAH. Aku tulis ni pun aku kutuk diri sendiri juga. Siapa lah yang sempurna di dunia ini.

Wait! Minum kencing syaitan? Sah-sah nama pun teruk. Dah memang dia punya molekul air tu najis syaitan. Apa tunggu lagi? Stop it! Yeah! And you'll be fine. InsyaAllah.

Ada banyak pengajaran (kot!) yang boleh korang amek, nanti-nanti kalau ada masa, boleh lah komen kat bawah ni ek. Sebagai penambahbaikan.

Lastly, kalau apa yang aku tulis ni menyinggung perasaan sesiapa, mohon maaf banyak-banyak sangat. Tapi apa yang benar harus diluah. Aku ingat kata-kata yang entah dari mana, tapi dia cakap, Biar cakap yang benar, walau ia pahit untuk diluah. Seriously. Sorry my friends and readers!

Wassalam!

Mood: Happy semula! :)
Thanks all.



4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yeah! Masih lagi diberi nikmat menghirup udara Allah. Woha! So, pagi-pagi ni memang bagus untuk kita membaca peringatan, kerana peringatan itu berguna bagi orang yang beriman. InsyaALLAH.



Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka

1. AYAHNYA Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya didunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti Sholat,mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup Aurat.
Seorang ayah tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka.

2. SUAMINYA Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk Istrinya.
Bergaul bebas ditempat kerja, berhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram, Apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang Alim (Sholat tidak ditunda, puasa tidak ditinggal)
maka dia akan ditarik oleh istrinya ke Neraka.

3. SAUDARA LAKI-LAKINYA (ABANGNYA) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh pada saudara Laki-lakinya (Abangnya).
Kalau mereka hanya pentingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran Islam,
Tunggulah Tarikan adiknya ke Neraka.

4. ANAK LAKI-LAKINYA Bila mana tidak menasehati ibunya tentang kelakuan yang haram dari islam,
maka anak itu akan dimintai pertanggung Jawaban di Akhirat Kelak...
Maka nantikanlah Tarikan Ibunya ke Neraka.

Betapa hebatnya tarikan wanita,
bukan saja didunia bahkan di Akhirat.
tarikannya begitu kuat..
Maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang lebih baiknya memainkan peranan yang sebenarnya.
Seperti Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta'aala :
LELAKI ITU PEMIMPIN ATAS WANITA (QS. An-Nisaa : 34)

Hai para Wanita kasihanilah ayah
anda,suami anda, saudara laki-laki anda serta anak-anak laki2 anda..
Kasihanilah dirimu dengan Jalankan Perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta'aala Untuk Para Muslimah
~ Semoga Hijab menjadi Pakaianmu
~Semoga Kesucian menjadi Amalanmu
~Semoga kesopanan menjadi Pribadimu.

********************************************

Macam biasa, anda baca, anda sebarkan. InsyaALLAH kita sama-sama beroleh manfaat.

Sumber: Facebook

Wassalam! :)


Sains Kuantitatif ???

Salam

dari UiTM's website...

Diploma Sains Kuantitatif (CS113) Program ini melahirkan graduan separuh profesional yang berpengetahuan tinggi dan mahir dalam bidang sains kuantitatif yang berkaitan dengan matematik dan statistik serta berkebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dan mungkin juga keputusan yang tepat dalam persekitaran industri. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik dan statistik di fakulti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain atau program ijazah berkaitan yang lain.

best kan ayat penyedap atas ni.. hehe..

benda ni penting dalam cs113


sains kuantitatif ni, kalau ringkas kata, belajar matematik laa sebab ada banyak subjek yang berkaitan dengan matematik..

dan,, semua course ada minor masing2 supaya student2 tak terlalu terperuk dan ini akan memberikan kelebihan sampingan atau ilmu tambahan selain major dalam course..

Sains Kuantitatif, major matematik... minor account, computer, statistik, dan lain - lain.. bagi yang baru nak masuk, untuk pelajar sem 1, pelajar akan belajar.. agama, statistik, geometri, pre calculus, dan english.. see, ada 3 subjek berkaitan matematik untuk sem 1.. best kan..  ?

owh.. sekarang ni Maktab Perguruan memang tegas dalam pengambilan pelajar baru diorang.. nak 8A , 9A.. sekali dengan aku2 dia tendang.. well.. kalau berniat nak jadi cikgu matematik, dah mohon maktab, tapi tak dapat atau tengah proses, mohon atau ambil ja course sains kuantitaif ni.. sebab, nanti bila dah graduate, boleh ambil KPLI.. boleh jadi cikgu juga..

usaha di SPM adalah penentu di mana kau berada pada umur 18tahun.. usaha pada umur 18tahun penentu di mana kau berada pada umur 35tahun..

rezeki di tangan tuhan.. belajar ja dulu.. jangan fikirkan sangat tentang kerja apa lepas ni, n whatsoever.. insyaAllah.. ada rezeki, ada lah nanti..

kalau di SPM, matematik dan matematik tambahan boleh skor A atau B or C (untuk addmath).. dan memang minat matematik,, ambil ja course ni.. memang best!

takut tak dapat skor.. kat sana nanti.. ada pensyarah yang sentiasa ada untuk membantu.. dan kawan2 se-course.. jangan risau tentang tak dapat skor.. manusia semuanya baik hati.. :)


Sumber dari http://busuk.org/ping/view/34967